Tuesday 25 January 2011

JIWA HAMBA




Disatu puncak seakan-akan nyawaku terhenti
apakala aku melihat lembah penuh manusiawi
menjadikan aku matang pada erti akal budi
aku kenali rupanya hati manusiawi tidak bertepi

Dipuncak ini aku mengamati yang terdampar menjadi titi
Yang tegak mereka panjati
Yang condong mereka gayuti
Yang rebah mereka ranapi
Jika kau mati kau lihat mereka datang sekali dan pergi
Ruhmu akan melihat manusiawi dengan tafsiran makna akal budi
Bertapa pantas manusiawi berubah hati .

II
Dikala ruhmu dianugerahi kekayaan jasad semula
Diberi kekuatan luar biasa dan penuh kuasa
Mereka akan mengejarmu dengan semangat jiwa hamba
Pasti ruhmu akan membisikan ditelinga
Kenalilah itu jiwa hamba tiada pernah merdeka
Tiada kamus buat mereka budi dan 
tiada pula bendahara kata daya

Kehidupan seri muka akhirnya mereka lupa
Hingga jasad dan ruhmu berpisah buat kali kedua
Mereka tetap juga jiwa hamba yang leka
Berkejar dan berlumba berkejar dan berlumba
berpindah menagih dari dada kedada
Hingga jasadmu cambah  dikebunan buat kali ketiga.

Monday 3 January 2011

SELAMAT JALAN SAHABAT


Sahabat aku tidak seperti dahulu lagi
Bila kau datang minta dibantu
terbuka  dada aku hulurkan apa yang ada
Kau pasti tersenyum ria
Kerana aku bukan kaya harta tetapi aku memperkayakan bahasa

Sahabat aku tidak seumpama dahulu lagi
Bila kau minta aku mengumpul kekuatan
Aku  mengelamun, mencari khasiat didalam diri
Siapa dan dimana aku memujuki
Tidak bertemu  kerana aku tiada kuasa bateri

Sahabat aku tidak sebagaimana  dahulu lagi
Ya tidak seperti kemarin lagi
Kau menjelma padaku mohon diangkat
Aku tergamam mencari tenaga dalam kudrat
Tidak upaya kerana aku tiada lagi tenaga yang kuat

Sahabat aku tidak seperti mana  dahulu lagi
Kau merayu minta dijulang
Aku sengkerling tangan dibelakang
Mencari ilham apa muslihat
Terus terang aku katakana ralat  kerana kaku tiada kudrat

Sahabat, aku tidak seperti dahulu lagi
Boleh mengangkat boleh memertabat dan boleh mendaulat
Waktu kau hebat kau melihat sahabat seperti  lalat
Pahit dan perit bersalut kelat
Kerana kau akan menjadi sahabat sang ulat