Saturday 25 December 2010

MENANTI MALAM


Sayang...
Semoga kau riang gembira dalam suasana remajamu bersama awan, mengusap rambutmu bersama angin, meramas jari-jemari halusmu bersama senja, lantas menutup kedua pelupuk mataku bersama dingin, gelap malam jauh.

Malam ini kau datang lagi sayang?... sesungguh aku tidak gamak mengakui bahawa ada sesuatu yang sangat keras berpintal dilidahku untuk ku bisikan ketelingamu.

Aku pun mendalami, sayup disudut hatimu terbenam sesuatu yang kau coba sembunyikan. Iya...lebih baik untukku, andai kau tidak terkata apa. Aku akan mati berdiri jika kau katakan tidak !.

Tiada rumah pengadilan untuk aku adukan, melainkan pada gelap malam siburung tukang yang lena dikesiangan.

Sayang...kiranya begitu lebih baik aku begini terus. Merentasi hari-hari mendatang. Tanpa tujuan dan tampa hala, seperti ada kapal ditengah lautan dilanda badai.

Sayang...sesungguhnya dibawah selimut remang matahari pagi aku yang kesiangan mengharap mimpi bersamamu terulang lagi... 



2 comments:

  1. bagaikan bunga menguntum dimalam kelam.siapa melihat serinya.
    kumbang pun tidak mahu baiki sayapnya yang patah
    segalanya bagai bulan pucat malap cahaya
    aduhai kumbang janganlah mengalah dengan pasrah....
    bukanka bunga menyimpan santun malunya...

    ReplyDelete
  2. mengalah kerana kumbang tidak sama dengan camar yang terbang tinggi.kumbang tidak sssetjam mata helang dapat merenung kilat ikan diair. Kumbang mengalah kerana didik terbang rendah dan santun bunga diulit selembut sutera kerana madu penyegar buat terbang diesuk pagi.

    ReplyDelete