Monday 3 January 2011

SELAMAT JALAN SAHABAT


Sahabat aku tidak seperti dahulu lagi
Bila kau datang minta dibantu
terbuka  dada aku hulurkan apa yang ada
Kau pasti tersenyum ria
Kerana aku bukan kaya harta tetapi aku memperkayakan bahasa

Sahabat aku tidak seumpama dahulu lagi
Bila kau minta aku mengumpul kekuatan
Aku  mengelamun, mencari khasiat didalam diri
Siapa dan dimana aku memujuki
Tidak bertemu  kerana aku tiada kuasa bateri

Sahabat aku tidak sebagaimana  dahulu lagi
Ya tidak seperti kemarin lagi
Kau menjelma padaku mohon diangkat
Aku tergamam mencari tenaga dalam kudrat
Tidak upaya kerana aku tiada lagi tenaga yang kuat

Sahabat aku tidak seperti mana  dahulu lagi
Kau merayu minta dijulang
Aku sengkerling tangan dibelakang
Mencari ilham apa muslihat
Terus terang aku katakana ralat  kerana kaku tiada kudrat

Sahabat, aku tidak seperti dahulu lagi
Boleh mengangkat boleh memertabat dan boleh mendaulat
Waktu kau hebat kau melihat sahabat seperti  lalat
Pahit dan perit bersalut kelat
Kerana kau akan menjadi sahabat sang ulat


6 comments:

  1. jangan berdongdang wahai cik abang
    hidup ini tak ada ketentuan
    tak selamanya hidup dijulang
    tak selamanya kita kemurungan

    kadang kita mampu menerima
    tapi payah menolak
    lantaran hidup bertongkatkan budi
    dimana pergi tetap dikenangi

    ReplyDelete
  2. KBP ingatan manusia terlalu singkat, dalam dunia yang cepat lupa ini berbudi jangan harap dikenang, kerana budi tidak dianggap hutang

    ReplyDelete
  3. sorry yb tak respon tepon hilang dalam kereta baru jumpa pindah minggu depan sabtu

    ReplyDelete
  4. hmmmm lama tak update...
    tulislah sesuatu..

    ReplyDelete
  5. Suatu nukilan yang kritis dan puitis. Indah kata-kata dan indah jua bahasa!

    ReplyDelete
  6. terima kasih buat aku tergamam

    ReplyDelete