Thursday, 14 October 2010

AKU TERGURIS



 
Bila kau katakan aku ini segak
aku tersenyum menerimanya... aku memeriksa ungkapanmu
dari mulutmu hatimu atau akalmu... aku bimbang manisan dari mulutmu

Ketika kau katakan aku bergaya... aku tetap lagi terbuka
lalu aku memeriksa diriku...dari mana menjelma daya itu
aku bimbang datang dari riak... sedangkan aku melarikan diri jauh riak kalbu

Dimasa kau katakan aku bijak... aku rasa atas angkasa  lantas
Aku memeriksa fikiranku...Idea mana yang pernah menerangi aras
 Aku bimbang datangnya dari  lagak  otak
sedangkan aku pun jalan tunduk teragak-agak

Dikala kau katakan kau  melayu nasionalis... aku amat rasa terguris
kerana setelah aku memeriksa dirimu... belum layak kau duduk sebaris
tutur bahasamu belum mengenal baris
latar  mimpi lenamu masih lagi ditanah Inggeris

Kuala Lumpur.141010

4 comments:

  1. terima kasih linkkan blog saya dan sy akan linkkan blog sdr juga

    ReplyDelete
  2. salam alaikum...
    yang sebetulnya bila memberi salam
    ASSALAM MUALAIKUM WARHMATULLAHI WABARAKATUH.

    AKU sengaja tulis
    salam alaikum...
    pendek ringkas untuk tulisan
    AKU berharap semua yang muslimin muslimat PAHAM...

    kerana AKU cuba membetulkan
    memberi ingatan
    dan tujuan ingat mengingat
    sesama muslimin muslimat
    jangan buat benda benda bidaah...

    AKU syok sungguh
    bila membaca tulisan yang baik baik
    jalinan perkatan barisan ayat
    BAHASA MELAYU...
    yang cantik cantik
    TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH
    DARI AKU!!!

    ReplyDelete
  3. sdr ajijasin
    saranan yang baik dan teguran yang berguna.

    ReplyDelete
  4. Salam hormat buat tuan ajijasin. Tetima kasih atas kata yang senang mendengarnya.

    ReplyDelete