Sahabat aku tidak seperti dahulu lagi
Bila kau datang minta dibantu
terbuka dada aku hulurkan apa yang ada
Kau pasti tersenyum ria
Kerana aku bukan kaya harta tetapi aku memperkayakan bahasa
Sahabat aku tidak seumpama dahulu lagi
Bila kau minta aku mengumpul kekuatan
Aku mengelamun, mencari khasiat didalam diri
Siapa dan dimana aku memujuki
Tidak bertemu kerana aku tiada kuasa bateri
Sahabat aku tidak sebagaimana dahulu lagi
Ya tidak seperti kemarin lagi
Kau menjelma padaku mohon diangkat
Aku tergamam mencari tenaga dalam kudrat
Tidak upaya kerana aku tiada lagi tenaga yang kuat
Sahabat aku tidak seperti mana dahulu lagi
Kau merayu minta dijulang
Aku sengkerling tangan dibelakang
Mencari ilham apa muslihat
Terus terang aku katakana ralat kerana kaku tiada kudrat
Sahabat, aku tidak seperti dahulu lagi
Boleh mengangkat boleh memertabat dan boleh mendaulat
Waktu kau hebat kau melihat sahabat seperti lalat
Pahit dan perit bersalut kelat
Kerana kau akan menjadi sahabat sang ulat
jangan berdongdang wahai cik abang
ReplyDeletehidup ini tak ada ketentuan
tak selamanya hidup dijulang
tak selamanya kita kemurungan
kadang kita mampu menerima
tapi payah menolak
lantaran hidup bertongkatkan budi
dimana pergi tetap dikenangi
KBP ingatan manusia terlalu singkat, dalam dunia yang cepat lupa ini berbudi jangan harap dikenang, kerana budi tidak dianggap hutang
ReplyDeletesorry yb tak respon tepon hilang dalam kereta baru jumpa pindah minggu depan sabtu
ReplyDeletehmmmm lama tak update...
ReplyDeletetulislah sesuatu..
Suatu nukilan yang kritis dan puitis. Indah kata-kata dan indah jua bahasa!
ReplyDeleteterima kasih buat aku tergamam
ReplyDelete