Saturday 25 September 2010

PEMBUKA JENDELA


Salam mesra. Cita-cita untuk menyertai alam maya sekian lama termakbul. Bolehlah kita berinteraksi buat bertukar fikiran. Lain padang lain belalang.

Jendela cagar alam kian renggang terlepas dari kancing. Cahaya matahari pagi  menerjah anak mata kesilauan. Diluar terdengar tangisan anak dihalaman berebut sebiji cucur pisang lebihan bapak buat bekalan jauh kebun  belakang. 

Pagi ini tersirap darah bila dilembaran akhbar ada melayu yang malu mengaku bangsa.  Dicorong radio terdengar ingatan dari negarawan memberi ingat melayu akan hilang kuasa.

Semalam, meramas jari bila dikaca tv ada pemimpin mengatakan Allah itu untuk semua agama. Dada kian panas bila dia mengatakan  tanah air ini melayu pendatang.

Semalam juga jantung jadi kencang bila melayu menadah tangan dari kafir didalam masjid minta ikhsan dua tin susu, sekilo gula dan sebungkus teh untuk minuman iman dan bilal selepas mengamin doa asar dan senja.

Kemarin, darah tersirap bila satu himpunan mengatakan melayu tidak perlu dibantu lagi. Kemarin juga, lutut lemah bila seorang pengkhianat mendakwa negara ini sudah ditangannya 16 September.

Hati sentiasa menangis bila melihat bangsa retak seribu gulungan gila kuasa memutuskan salaturrahim. Benak membayang bangsa ini akan menjadi pengemis ditanah air sendiri.

Tanah menjadi milik orang. Menepuk kepala sesal  sesal...  sesal. Air mata darah sekalipun tidak akan kembali. Kesal melayu bangsa yang mudah lupa.

2 comments:

  1. salam.

    betapa ingin aku menjejaki laman ini. diperizinkan

    ReplyDelete
  2. blog yang baik dgn permulaan yang baik serta diiringi niat yang baik , akan selamat.

    Ikhlas.kita jauh berbeza tapi lara suka.

    Jadi.selamat berkarya *senyum.

    ReplyDelete